SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, September 27, 2010

Marhaban Ya Marhaban...

Salam...

Sungguh sejuk pagi ini dengan hujan renyai di Bandar Mersing ini membuatkan mata saya semakin layu dalam menghadap kerja yang memang tidak pernah habis. Malam tadi saya bermarhaban dalam 14 buah rumah, sebenarnya itu angka yang dikira sederhana sahaja, kerana pada minggu lepas dalam 20 buah rumah pada satu malam...alhamdulillah saya dapat sertainya dengan keizinan Allah yang memberikan saya tubuh yang masih sihat dan bertenaga.

Berbalik semula pada cerita marhaban tadi, saya amat tertarik sekali apabila dapat berjalan dan mengunjungi setiap buah rumah yang sememangnya hanya sederet sahaja pada setiap lorong. Sungguh terharu saya melihat tuan rumah masing-masing kerana dengan hati yang terbuka dan dengan senyuman yang ikhlas menerima kunjungan kumpulan marhaban yang besar dalam 50 orang. Walaupun kumpulan marhaban yang besar itu terpaksa berhimpit-himpit tetapi daripada raut wajah masing-masing saya melihat ada kepuasan kerana dapat mengunjungi dan bermarhaban di rumah jiran masing-masing. Walaupun saya menetap di Kampung Sri Pantai tetapi saya sudah menganggap ibu-ibu di Taman Wawasan seperti saudara sendiri kerana pernah suatu ketika saya menetap di Taman Wawasan ini. Saya berasa amat rugi jika tidak mengunjungi rumah mereka kerana hanya setahun sekali saya dapat peluang sebegini.

Dalam bermarhaban, ada satu lagi perkara yang menarik ialah setiap buah rumah yang dikunjungi akan membawa lagu marhaban yang berbeza dan pelbagai lagu yang sudah digubah menjadikan marhaban menjadi lebih menarik, sedap didengar dan juga dibawa. Kumpulan marhaban di sini memang 'sporting'. Memang saya tidak akan dapat lupakan kenangan ini selamanya dan saya tidak sabar menunggu kunjungan mereka ke rumah saya pula.


Marhaban Ya Maulai
Kunjung-mengunjungi eratkan silaturrahim antara yang muda dengan yang tua.

Monday, September 20, 2010

Santai menulis

Salam semua,

Post kali ni tak tau nak mulakan menulis macam mana kerana banyak perkara yang hendak ditulis..tetapi idea untuk menulis masih belum muncul. Di dalam bulan raya ni biasa lah...pergi menziarahi saudara mara yang dekat dan yang jauh...dua hari yang lalu saya telah ke Seremban dan ke Kuala Lumpur untuk mengunjungi pakcik dan makcik saya di sana. Bila sudah bertemu muka yang telah lama tidak bersua banyak perkara yang hendak diceritakan dan dikongsikan salah satunya hal mencari asal-usul keturunan. Post kali ini saya tidak mahu menulis lagi tentang apa yang diceritakan...tunggu pada post akan datang. Hari ini saya sengaja menulis secara santai kerana selama seminggu telah meninggalkan blog ini tanpa berita. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan dan keseronokan berkunjung ke rumah saudara mara yang telah lama tidak bertemu. Memang auranya agak lain kerana masing-masing sekarang sudah besar panjang yang dulunya masih kecil-kecil belaka... dan sekarang mestilah sudah pandai malu... yang dulunya masih bersekolah dan sekarang sudah bekerja. Perbualan pun mestilah sudah ke arah kedewasaan.. masing-masing bercerita tentang hal sendiri yang banyak hendak dikongsikan. Saya agak seronok kerana walaupun masing-masing sudah dewasa, tetapi keakraban dan kemesraan saudara mara masih ada.. alhamdulillah, kiranya kunjungan saya dan keluarga pada kali ini memang penuh bermakna dan terisi dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan saya tidak akan mensia-siakan waktu yang ada untuk bersama mereka kerana selepas ini untuk berjumpa mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.


corat-coret :
"bersusah senang bersama keluarga dan beramah mesra sesama saudara"

Thursday, September 16, 2010

Oh Myvi Ku...

Gambar hiasan

Rutin saya sudah kembali kepada asal, dalam bercuti pun tetap ada kerja yang nak dibuat, jadinya pagi tadi saya hendak keluar kerana ada urusan yang perlu di selesaikan, seperti biasanya saya akan membawa motokar saya, dan hidupkan enjin seperti biasa....tetapi....OOOhhh!!!! kenapa tidak berbunyi enjin ni...sekali lagi cuba pulas kunci..tetapi tetap tidak kedengaran motokar saya merengek seperti biasa. Kali ketiga juga hampa, apalagi saya keluar daripada kereta terus bagitahu bapa dan adik saya yang motokar tidak boleh hidup...bapa saya berkata dah memang seminggu tak dihidupkan, enjinnya sejuk..tu sebab tak boleh hidup. Motokar saya ni pun ada peliknya juga, ia tidak boleh 'jumper' daripada kereta lain untuk hidupkan enjin...jika buat begitu, semua akan ter'lock' maksudnya pintu semua akan terkunci. Pernah satu ketika dulu, terjadi juga hal seperti ini, dan cuba 'jumper' tetapi haru semua ter'lock' maka motokar saya itu telah ditarik kren ke kluang kerana di sana sahaja yang ada sistem berkomputer untuk membuka kunci. Kali ini terus panggil pomen kereta dan di bawa ke bengkel. Alhamdulillah, motokar saya dibawa balik oleh adik dalam keadaan yang sihat seperti biasa. Tetapi kenalah tukar bateri baru kerana bateri yang lama sudah dingin dan beku. Terima kasih kepada adikku Syamil dan abah yang membantu dalam membaik pulihkan motokar ku itu...

p/s:
"Dah kene baru nak beringat, lepas ni kene bawak jalan je lah motokar supaya tidak beku...hehehe"

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri


Salam semua...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun zahir dan batin kepada rakan-rakan dan juga sahabat handai di luar sana dan juga di alam maya ini jika ada tersilap kata dan juga tersalah laku..diharapkan sempena bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita dapat memperbaiki lagi diri kita ke arah yang lebih baik.

Ok, saya nak cerita sikit pasal raya ni...bila kita sebut raya je, semua nak tukar baru...tidak terkecuali saya..hehee..itu lumrah la kan. masing-masing bekerja kuat untuk membeli sesuatu yang baru dan apa yang kita inginkan, orang kata menang membeli menang juga memakai.

Saya suka bertanya kepada sepupu-sepupu saya apa yang mereka beli sempena raya ni...ada yang jawab, kamera DSLR baru, kereta baru, handphone baru, beg baru, dan sebagainya lah..saya beli ape??? emmm....hehee...

Tetapi kesimpulannya mesti baru lah....yang ibu-ibu pula biasa lah..langsir baru, sofa baru...kasut baru..cuma dengan bapa-bapa aje saya tidak tanya kerana saya tau bapa-bapa selalunya ikut aje apa yang isterinya sediakan,,hehee...asalkan ada baju raya baru.

usik-usik : dah beli baru semua yang lama letak kat mane yer?