SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, September 20, 2010

Santai menulis

Salam semua,

Post kali ni tak tau nak mulakan menulis macam mana kerana banyak perkara yang hendak ditulis..tetapi idea untuk menulis masih belum muncul. Di dalam bulan raya ni biasa lah...pergi menziarahi saudara mara yang dekat dan yang jauh...dua hari yang lalu saya telah ke Seremban dan ke Kuala Lumpur untuk mengunjungi pakcik dan makcik saya di sana. Bila sudah bertemu muka yang telah lama tidak bersua banyak perkara yang hendak diceritakan dan dikongsikan salah satunya hal mencari asal-usul keturunan. Post kali ini saya tidak mahu menulis lagi tentang apa yang diceritakan...tunggu pada post akan datang. Hari ini saya sengaja menulis secara santai kerana selama seminggu telah meninggalkan blog ini tanpa berita. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan dan keseronokan berkunjung ke rumah saudara mara yang telah lama tidak bertemu. Memang auranya agak lain kerana masing-masing sekarang sudah besar panjang yang dulunya masih kecil-kecil belaka... dan sekarang mestilah sudah pandai malu... yang dulunya masih bersekolah dan sekarang sudah bekerja. Perbualan pun mestilah sudah ke arah kedewasaan.. masing-masing bercerita tentang hal sendiri yang banyak hendak dikongsikan. Saya agak seronok kerana walaupun masing-masing sudah dewasa, tetapi keakraban dan kemesraan saudara mara masih ada.. alhamdulillah, kiranya kunjungan saya dan keluarga pada kali ini memang penuh bermakna dan terisi dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan saya tidak akan mensia-siakan waktu yang ada untuk bersama mereka kerana selepas ini untuk berjumpa mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.


corat-coret :
"bersusah senang bersama keluarga dan beramah mesra sesama saudara"

No comments:

Post a Comment