SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, September 27, 2010

Marhaban Ya Marhaban...

Salam...

Sungguh sejuk pagi ini dengan hujan renyai di Bandar Mersing ini membuatkan mata saya semakin layu dalam menghadap kerja yang memang tidak pernah habis. Malam tadi saya bermarhaban dalam 14 buah rumah, sebenarnya itu angka yang dikira sederhana sahaja, kerana pada minggu lepas dalam 20 buah rumah pada satu malam...alhamdulillah saya dapat sertainya dengan keizinan Allah yang memberikan saya tubuh yang masih sihat dan bertenaga.

Berbalik semula pada cerita marhaban tadi, saya amat tertarik sekali apabila dapat berjalan dan mengunjungi setiap buah rumah yang sememangnya hanya sederet sahaja pada setiap lorong. Sungguh terharu saya melihat tuan rumah masing-masing kerana dengan hati yang terbuka dan dengan senyuman yang ikhlas menerima kunjungan kumpulan marhaban yang besar dalam 50 orang. Walaupun kumpulan marhaban yang besar itu terpaksa berhimpit-himpit tetapi daripada raut wajah masing-masing saya melihat ada kepuasan kerana dapat mengunjungi dan bermarhaban di rumah jiran masing-masing. Walaupun saya menetap di Kampung Sri Pantai tetapi saya sudah menganggap ibu-ibu di Taman Wawasan seperti saudara sendiri kerana pernah suatu ketika saya menetap di Taman Wawasan ini. Saya berasa amat rugi jika tidak mengunjungi rumah mereka kerana hanya setahun sekali saya dapat peluang sebegini.

Dalam bermarhaban, ada satu lagi perkara yang menarik ialah setiap buah rumah yang dikunjungi akan membawa lagu marhaban yang berbeza dan pelbagai lagu yang sudah digubah menjadikan marhaban menjadi lebih menarik, sedap didengar dan juga dibawa. Kumpulan marhaban di sini memang 'sporting'. Memang saya tidak akan dapat lupakan kenangan ini selamanya dan saya tidak sabar menunggu kunjungan mereka ke rumah saya pula.


Marhaban Ya Maulai
Kunjung-mengunjungi eratkan silaturrahim antara yang muda dengan yang tua.

No comments:

Post a Comment