SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Wednesday, October 20, 2010

Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman


Salam semua,

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang buku di atas, bagi mereka yang masih belum mendapatkan buku ini dapatkannya sekarang kerana isi-isi di dalamnya memang penuh dengan ilmu dan pengajaran.

Buku ini sudah lama berada di dalam simpanan saya setelah sekian lama adik saya membelinya, baru ini hati terdetik untuk membacanya sehingga selesai.

Apabila saya mula membaca buku ini, ada sesuatu yang amat menyentuh hati saya, Prof.Muhd Kamil Ibrahim amat bijak menceritakan apa yang dilaluinya di Tanah Suci Mekah. Banyak pelajaran yang boleh kita dapat di dalam penceritaan beliau itu. Hampir menitis air mata saya apabila ada sebahagian pengalamannya yang mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan iktibar apabila hendak menjejakkan kaki ke tanah suci Allah.

Buku ini juga ada dihimpunkan doa-doa untuk dibaca semasa di tanah suci dalam melakukan tuntutan-tuntutan wajib dan sunat. Memang bukan mudah rupanya untuk menunaikan rukun islam yang ke lima ini jika tidak bersedia dari segi jasmani dan rohani. Kebersihan hati juga memainkan peranan yang amat penting untuk menyahut seruan Allah ini.

Amat berterima kasih kepada Prof Muhd Kamil di atas keprihatinan beliau untuk menulis dan menerbitkan buku ini untuk rujukan dan panduan dalam menunaikan ibadah haji ini. Beliau menulis dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah difahami serta tidak memberatkan fikiran untuk membacanya.

Saya amat berharap agar buku-buku sebegini dapat diperluaskan lagi penerbitannya dalam melahirkan ummah yang berilmu. Di samping itu, dapat memupuk peminat buku dalam membaca buku yang berilmiah begini.


"Bukan mudah untuk mencari secebis ilmu jika tidak dengan usaha dan kesungguhan yang jitu".
Subhanallah

1 comment: