SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, October 29, 2010

Cerita Bulan Oktober

Salam semua...saya harapkan semua sahabat saya di sini sihat alhamdulillah. Seperti yang kita maklum, sekarang ini pun cuaca tidak menentu...siangnya panas malamnya pula mendung dan hujan. Harap-harap kita dapat menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Pada kali ini seperti biasa saya akan menulis untuk memenuhi masa yang terluang. Tidaklah seperti mereka yang lain, yang sememangnya 'pro 'dalam melantunkan baris-baris ayat. Saya budak yang baru belajar dan masih mentah dalam menulis. Apa pun saya tetap akan menulis untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat saya. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan daripada saya untuk dikongsikan.

Baiklah, saya teruskan kepada cerita yang saya ingin kongsikan :

Pertama : Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adinda saya Syamil Bin A.Samad
(Fakulti Teknologi Sains Makanan UPM) selaku ketua kumpulan dalam mencipta produk makanan yang dinamakan "BISKUT TAPAI". Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin ke arah kejayaan seterusnya. (begitu berseri kerana anda diwawancara oleh RTM)

Kedua : Ucapan tahniah kepada kumpulan Soutul Wardah kerana telah mendapat johan dalam ketegori nasyid anjuran Pejabat Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Agama Mersing
.
"KEINDAHAN DALAM KEIMANAN" adalah tajuk lagu yang dipertandingkan. Terima kasih kepada Pengurus kumpulan iaitu Puan Jamilah Binti Sungip yang banyak membantu, kepada ahli-ahli kumpulan Soutul Wardah yang memberi komitmen tidak berbelah bahagi, dan kepada ahli keluarga serta teman-teman yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Semoga dengan kejayaan ini Soutul Wardah lebih berusaha lagi untuk ke pertandingan seterusnya. Walaupun banyak rintangan yang ditempuhi, diharapkan SOUTUL WARDAH dapat laluinya dengan sabar dan tenang. InsyaAllah...

Ketiga : Cerita ini pula amat menyedihkan saya kerana beberapa hari yang lalu saya terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi alhamdulillah tidak cedera, hanya kereta sahaja yang sakit. Betul ada pepatah yang mengatakan malang itu tidak berbau. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terselamat dalam kemalangan tersebut.

Keempat : Selamat Hari Lahir kepada adinda saya Haryani A.Samad kerana pada 29 Oktober adalah hari lahirnya yang ke-25. Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Menulis dengan menggunakan laptop lama yang diperbaharui semula...


No comments:

Post a Comment