SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, October 29, 2010

Cerita Bulan Oktober

Salam semua...saya harapkan semua sahabat saya di sini sihat alhamdulillah. Seperti yang kita maklum, sekarang ini pun cuaca tidak menentu...siangnya panas malamnya pula mendung dan hujan. Harap-harap kita dapat menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Pada kali ini seperti biasa saya akan menulis untuk memenuhi masa yang terluang. Tidaklah seperti mereka yang lain, yang sememangnya 'pro 'dalam melantunkan baris-baris ayat. Saya budak yang baru belajar dan masih mentah dalam menulis. Apa pun saya tetap akan menulis untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat saya. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan daripada saya untuk dikongsikan.

Baiklah, saya teruskan kepada cerita yang saya ingin kongsikan :

Pertama : Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adinda saya Syamil Bin A.Samad
(Fakulti Teknologi Sains Makanan UPM) selaku ketua kumpulan dalam mencipta produk makanan yang dinamakan "BISKUT TAPAI". Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin ke arah kejayaan seterusnya. (begitu berseri kerana anda diwawancara oleh RTM)

Kedua : Ucapan tahniah kepada kumpulan Soutul Wardah kerana telah mendapat johan dalam ketegori nasyid anjuran Pejabat Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Agama Mersing
.
"KEINDAHAN DALAM KEIMANAN" adalah tajuk lagu yang dipertandingkan. Terima kasih kepada Pengurus kumpulan iaitu Puan Jamilah Binti Sungip yang banyak membantu, kepada ahli-ahli kumpulan Soutul Wardah yang memberi komitmen tidak berbelah bahagi, dan kepada ahli keluarga serta teman-teman yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Semoga dengan kejayaan ini Soutul Wardah lebih berusaha lagi untuk ke pertandingan seterusnya. Walaupun banyak rintangan yang ditempuhi, diharapkan SOUTUL WARDAH dapat laluinya dengan sabar dan tenang. InsyaAllah...

Ketiga : Cerita ini pula amat menyedihkan saya kerana beberapa hari yang lalu saya terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi alhamdulillah tidak cedera, hanya kereta sahaja yang sakit. Betul ada pepatah yang mengatakan malang itu tidak berbau. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terselamat dalam kemalangan tersebut.

Keempat : Selamat Hari Lahir kepada adinda saya Haryani A.Samad kerana pada 29 Oktober adalah hari lahirnya yang ke-25. Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Menulis dengan menggunakan laptop lama yang diperbaharui semula...


Wednesday, October 20, 2010

Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman


Salam semua,

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang buku di atas, bagi mereka yang masih belum mendapatkan buku ini dapatkannya sekarang kerana isi-isi di dalamnya memang penuh dengan ilmu dan pengajaran.

Buku ini sudah lama berada di dalam simpanan saya setelah sekian lama adik saya membelinya, baru ini hati terdetik untuk membacanya sehingga selesai.

Apabila saya mula membaca buku ini, ada sesuatu yang amat menyentuh hati saya, Prof.Muhd Kamil Ibrahim amat bijak menceritakan apa yang dilaluinya di Tanah Suci Mekah. Banyak pelajaran yang boleh kita dapat di dalam penceritaan beliau itu. Hampir menitis air mata saya apabila ada sebahagian pengalamannya yang mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan iktibar apabila hendak menjejakkan kaki ke tanah suci Allah.

Buku ini juga ada dihimpunkan doa-doa untuk dibaca semasa di tanah suci dalam melakukan tuntutan-tuntutan wajib dan sunat. Memang bukan mudah rupanya untuk menunaikan rukun islam yang ke lima ini jika tidak bersedia dari segi jasmani dan rohani. Kebersihan hati juga memainkan peranan yang amat penting untuk menyahut seruan Allah ini.

Amat berterima kasih kepada Prof Muhd Kamil di atas keprihatinan beliau untuk menulis dan menerbitkan buku ini untuk rujukan dan panduan dalam menunaikan ibadah haji ini. Beliau menulis dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah difahami serta tidak memberatkan fikiran untuk membacanya.

Saya amat berharap agar buku-buku sebegini dapat diperluaskan lagi penerbitannya dalam melahirkan ummah yang berilmu. Di samping itu, dapat memupuk peminat buku dalam membaca buku yang berilmiah begini.


"Bukan mudah untuk mencari secebis ilmu jika tidak dengan usaha dan kesungguhan yang jitu".
Subhanallah

Monday, October 18, 2010

Terima Kasih

Salam semua,

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sekarang sudah masuk bulan 10, pejam celik pejam celik telah habis bulan raya..kiranya lama juga lah saya meninggalkan blog ini. Rindu sungguh rasanya hendak mengetik papan kekunci laptop yang sentiasa menanti saya tanpa letih dan merungut. Menulis pun perlukan masa untuk mencari idea apa yang hendak ditulis. Pada kali ini saya cuma hendak bercerita hal pertandingan nasyid yang baru sahaja berlangsung pada 15/10/2010 hari Jumaat.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpuan nasyid SOUTUL WARDAH yang dinaungi oleh Puan Jamilah Sungip kerana telah mendapat johan di dalam pertandingan yang diadakan tempoh hari. Semoga dengan kemenangan ini, SOUTUL WARDAH dapat bergerak maju lagi ke hadapan dengan
nafas baru dalam memartabatkan irama nasyid. Terima kasih juga di atas kerjasama semua ahli
SOUTUL WARDAH yang sanggup memberi komitmen sepenuhnya walaupun banyak rintangan yang dihadapi.

Selepas ini, SOUTUL WARDAH akan ada lagi tanggungjawab yang lebih besar dan perlu digalas sebelum pertandingan peringkat kebangsaan anjuran Jabatan KEMAS berlangsung pada tahun hadapan.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, sahabat handai,
dan rakan-rakan di luar sana di atas dorongan dan sokongan penuh kepada kumpulan
SOUTUL WARDAH dan terima kasih juga di atas iringan doa kalian semua...

Semoga 'KEINDAHAN DALAM KEIMANAN' menjadi teras dalam kehidupan kita..InsyaAllah.