SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, January 31, 2010

Jalan-jalan hujung minggu...31/1/10

sedap tau! ada ketam goreng, udang goreng,dan cucur udang.

Salah sebuah warung makan berdekatan jeti...

Makcik dan adik saya bergambar di jeti.

ini la jeti penyabung baru yang sedang dijalankan.
Di penyabung Mersing.


Hari ini sungguh sakan berjalan, yang best tu pulak atok yang ajak, fuh! apa lagi cepat je kalau cakap nak jalan.
Pukul 3 lebih tadi pergi ke penyabung dulu, sbb nak makan ketam goreng...
Lepas makan minum sume pergi tengok jeti yang baru dibina, dulu jeti ni hanya bersandarkan kayu dan papan sahaja, tapi sekarang dah cantik kan...
Di seberang jeti ni ialah 'PULAU PELANDUK' ha! kalau nak ke sana boleh naik bot tu.

Lepas puas tengok jeti baru ni sambil-sambil bergambar, kiteorang terus ke endau sbbnye ada jalan 'shortcut'
dari penyabung ni...sampai sahaja di endau ada pulak lelong kat situ, apa lagi singgah la dulu kat lelong tu...walhal esok kat mersing pun ada lelong, tapi saja nak berjalan. Atok saya la yang banyak belinya...
Saya tukang tengok orang pun jadilah.

Ok, ni je untuk kali ni, nanti saya cerita lagi...

Thursday, January 28, 2010

Gayatnya...

nak pasang wayer tu kat mane pulak dik?

Baik-baik adik ooiii!!!! gayat betul akk tengok!

ambil gambar dari dalam opis pun jadi lah tak sanggup nak tengok...


Aksi apa la yang diorang ni buat, menggayatkan betul, saya tengok pun jadi gerun. Ha! ini la dia
pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk memasang lampu di tangga luar pejabat saya. Sebelum ni memang dah ada lampu di luar cumanya hendak pasang pula lampu yang boleh berfungsi 2 dalam 1...hehe, mcm mana la tu agaknya.. nanti tengokkan aja la...

Hal pasang memasang lampu ni berlaku disebabkan akan ada orang yang akan menyewa di atas pejabat saya, maksudnya di tingkat yang ke 3, pejabat saya sekarang ni di tingkat 2, penyewanya nanti adalah pelajar-pelajar politeknik. Kemungkinan mereka akan masuk menyewa pada 1/02/2010 ni.


Tahniah SYUFRI...8A

Setelah bertungkus lumus 'study' untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam PMR tahun lalu, segalanya telah terbayar dengan keputusan yang cemerlang. Syukur alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

Semoga dengan kecemerlangan yang diperolehi ini dikekalkan di masa-masa akan datang.

Pada 2/02/2010, adik saya akan berangkat ke Sekolah Sains Seremban (Saser) dan meneruskan pelajarannya di sana sehingga ke Tingkatan 5, insyaAllah.

Dia pernah memberitahu saya yang cita-citanya ingin menjadi jurutera, semoga apa yang dicitakan itu akan tercapai dengan kejayaan yang berterusan.

Doa daripada keluarga tercinta tidak akan putus-putus mengirimu di dalam menuntut ilmu. Semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

'MAN JADDA WAJADA'


Wednesday, January 27, 2010

Oh Broadband...


















Setelah sekian lama saya ingin membeli broadband ini, akhirnya dapat juga saya memilikinya pada
isnin/25 Jan lalu. Saya membelinya semasa promosi berlangsung, kalau tiada promosi harga broadband sebegini memang mencecah RM399, tetapi semasa promosi harganye memang mampu milik iaitu RM199.

Semasa saya memilih broadband, ada dua pakej yang ditawarkan pada saya, yang pertama celcom broadband RM68 setiap bulan dan RM78 setiap bulan dengan broadband free lagi, cumanya ia mempunyai kontrak selama 2 tahun, jika hendak off line sebelum tamat 2 tahun broadband yang free tadi diambil semula. Itu yang tak syok tu...

Jadi saya ambil keputusan beli broadband dan ambil pakej yang RM68 tu tadi. Jadi kalau rasa tak nak guna boleh off line bila-bila masa sahaja.

Saya nak rasa memiliki broadband yang selalu diperkatakan orang ini. Boleh dibawa kemana-mana sahaja dan on dari malam sampai pagi pun takde hal.

Tuesday, January 19, 2010

Ibu....Ayah...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..



Sunday, January 3, 2010

1431 HIJRAH....2010 MASIHI

Go to fullsize image

1431 HIJRAH
2010...2010...2010.

Assalammualaikum kepada semua sahabat saya,
Salam muhibbah dan salam satu Malaysia...

Lama sungguh saya tak 'update' blog saya ni, sampai ada sahabat saya yang mengingatkan saya supaya
meng 'update' blog ni. Maaf sekali lagi saya ucapkan kepada semua sahabat saya yang sentiasa prihatin dengan blog saya ini.

Alhamdulillah sudah masuk kita ke dalam tahun yang begitu banyak rasanya apabila kita sebutkan... dari angka yang 'sa' kepada angka yang puluh. Apabila kita sebutkan tahun baru, setiap daripada kita mesti ada azam baru atau pun impian yang hendak dilaksanakan...tetapi apakah azam itu?

Tetapi dalam kita bergembira dengan tahun baru, saya sendiri berasa sedih kerana ada kejadian-kejadian yang tidak kita ingini berlaku yang kita lihat dan dengar dari tv, radio, dan suratkhabar. Kes-kes seperti rogol, bunuh, rompak dan sebagainya membuatkan kita akan sering berasa tidak selamat.

Berbalik pada azam baru tadi... emm, saya sendiri mempunyai azam tetapi apakah azam saya, biarlah saya sendiri yang tahu..dan lebih baik kita simpan di dalam hati supaya ianya akan menjadi sebahagian daripada kekuatan untuk mencapai azam itu. Tetapi saya alu-alukan sangat kepada sahabat-sahabat saya ingin berkongsi cerita tentang keazaman supaya memberi respon di blog saya ini.

Tidak lupa juga, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri agar menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya..insyaAllah...mudah-mudahan diberi kesihatan dan kenikmatan rezeki yang baik...

Alhamdulillah...