SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, November 12, 2009

Pasport

Semalam 11/11/09, saya pergi ke kedai gambar untuk mengambil gambar 'pasport', sampai sahaja di sebuah kedai gambar, saya pun bagitau tuan kedai yang saya nak ambil gambar 'pasport' dan tuan kedai tersebut terus angguk dan ambil gambar seperti yang saya inginkan...

Selesai sahaja ambil gambar dan bayar, saya terus ke pejabat imigresen untuk 'renew' pasport saya yang lama.
Saya berjumpa dengan salah seorang pegawai imigresen dan beri kepadanya maklumat dan borang yang telah diisi untuk 'renew' pasport saya. Pegawai tersebut menyuruh saya menunggu sebentar sementara dia menguruskan 'pasport' saya. Dalam jangkamasa 5 minit, saya pun dipanggil oleh pegawai tadi dan dia memberitahu saya yang gambar saya tidak boleh diproses kerana bukan gambar 'pasport'. Pegawai tersebut menerangkan pada saya ciri-ciri gambar untuk buat 'pasport'.

Saya pun keluar dari pejabat imigresen untuk pergi ke kedai gambar yang saya pergi tadi untuk mengambil semula gambar 'pasport'. Semasa saya hendak menaiki kereta, kebetulan tuan punya kedai gambar tadi juga datang ke pajabat imigresen. Dia menegur saya kerana baru tadi di kedainya saya berjumpa.

Satelah memberi senyuman pada tuan punya kedai gambar tadi, saya terus bergegas ke kedai gambar dia untuk buat lagi gambar 'pasport' yang baru untuk menggantikan gambar saya yang salah tadi. Sampai sahaja saya di kedai gambar tadi, saya pun memaklumkan yang gambar saya tadi bukan gambar 'pasport', yang menjadi halnya orang yang mengambil gambar saya tadi membetulkan kesilapan saya kerana dia kata saya salah cakap, kalau hendak buat gambar 'pasport' kena cakap 'pasport antarabangsa', kalau cakap 'pasport' sahaja gambar itu boleh digunakan untuk lesen, i/c, dan sebagainya, maksudnya ukuran pasport. Tanpa membuang masa, saya pun mengambil sekali lagi gambar untuk 'pasport antarabangsa'. Kiranya kalau gambar pasport antarabangsa ni, muka kita kena besar...

Selepas itu saya pun pergi sekali lagi ke pejabat imigresen, dan berjumpa sekali lagi tuan punya kedai gambar tadi, yang saya jumpa ni tokey kedai dia lah..perempuan. Dia dapat agak apa yang berlaku pada saya, dia meminta maaf pada saya kerana mungkin dia tersalah dengar apa yang saya cakap tadi iaitu 'pasport'. Salah saya juga mungkin tersilap cakap pasal gambar tadi.

Saya ingatkan habis cerita di sini sahaja, rupa-rupanya sementara saya menunggu 'pasport' saya di proses, seorang pegawai imigresen yang lain masuk ke dalam pejabat dan memberitahu pada rakan-rakannya ada seorang wanita di luar telah memarahinya kerana tidak memberitahu kepada 'customer' jenis gambar untuk buat 'pasport antarabangsa, baru saya faham sebenarnya tuan punya kedai gambar tadi telah berjumpa dengan salah seorang pegawai di luar pejabat untuk memberitahu tentang gambar yang saya ambil tadi. Kiranya tuan punya kedai tadi ambil berat juga lah apa yang berlaku pada saya. Tapi yang kesiannya pegawai imigresen tu tak pasal-pasal kena marah. Mungkin tuan punya kedai gambar tu rasa bersalah kerana tersalah buat gambar saya dan saya kena buat untuk kali kedua. (maksudnya bayar 2 kali lah).

Saya tidak kisah pun kalau kena buat berapa kali gambar kerana saya pun baru pertama kali 'renew'
'pasport antarabangsa', yang membuatkan saya tergelak ialah kerana gambar pasport saya, orang lain pula terlibat sama dan bermasalah.

Itu lah peristiwa yang saya tempuhi semalam..benda yang tidak disengajakan..

Moral: Nak cakap biar betul-betul dan bagi orang lain faham sebabnya bila kita tersalah cakap, orang lain pun akan salah faham...


No comments:

Post a Comment