SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, August 15, 2010

Gelagat si adik..


"Abah, hari ni dah masuk hari ke berapa kita puasa? Si abah pun menjawab "dah masuk hari ketiga ni". Keesokan harinya pun si adik masih bertanya dan si abah masih lagi menjawab seperti biasa. Tetapi alangkah terkejutnya saya, hari yang berikutnya saya baru sahaja balik dari kerja, saya terpandang papan putih di rumah tersenarainya bilangan hari bulan Ramadhan. Secara tidak sengaja saya tersenyum sendiri, ini mesti si adik yang tulis di papan putih tu kerana teringat saya pertanyaannya kelmarin. Alangkah bijaknya si adik kerana dia dapat berfikir cara bagaimana untuk dia mengira hari yang telah berpuasa. Setiap hari si adik akan menanda hari yang dia telah berpuasa. Maka tiada lagilah pertanyaannya pada si abah. Tetapi yang membuatkan saya terharu alangkan kita yang dah dewasa dan besar panjang ini pun belum tentu boleh jawab hari ke berapa sudah kita berpuasa...:-)


No comments:

Post a Comment