SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, August 9, 2010

BATAM MEMORIAL


HARI PERTAMA : 6/8/2010 : JUMAAT

Pada pukul 9.oo a.m, saya dan keluarga sudah bersiap-siap untuk bertolak ke Stulang Johor. Banyak sungguh beg yang hendak dibawa. Semua pekerja syarikat Bandi Bina Sdn Bhd dan sebahagian kontraktor-kontraktor di Mersing bercuti pada hari ini termasuklah saya.


Sempat lagi ber'posing' untuk berangkat

Ada sahaja yang tolong ambilkan gambar
__________________________________________________

Pukul 11.15 a.m, kami baru sampai di Stulang Johor dan terus mencari kedai makan untuk mengalas perut masing-masing yang sudah berkeroncong sebelum bertolak ke Batam.

Sementara menunggu ketibaan ahli rombongan yang lain, kami sekeluarga masih bersantai di kedai makan 'STULANG CORNER' kerana di dalam jadual yang telah disediakan kami akan bertolak ke Batam pada pukul 2.30 petang.

Sedap sungguh

apa lagi nak makan ye?

Di sinilah tempat kami bersantap
____________________________________________________________________

Pada pukul 1.45 p.m, kami sudah berada di pelepasan pelabuhan dan saya sempat menukar wang rupiah di sini.

berehat sambil menunggu waktu untuk berlepas

emak, atok, dan adik berkira-kira wang rupiah yang hendak ditukar
____________________________________________________________________

Pada pukul 2.30 p.m, sudah berada di dalam ferri dan bersedia untuk berlepas.

saya dan adik 'posing' dalam ferri

tidur kepenatan atau mabuk laut?

berada di atas ferri

merenung laut ciptaan Allah

adik dan abah

saya dan mak usu sedang menikmati angin yang begitu kuat
____________________________________________________________________

Setelah mengharungi ombak selama satu jam lebih, pada pukul 3.30 p.m(waktu indonesia) akhirnya rombongan kami tiba di pelabuhan Batam dengan disambut paluan kompang. Ketua rombongan kami merangkap Naib Pengerusi Persatuan Kontraktor Johor, En.Abd Latiff Bandi telah diberi kesempatan dan penghormatan untuk memberikan sedikit ucapan penghargaan.
Seterusnya kami menaiki bas untuk ke hotel.

baru sampai pelabuhan Batam

di sambut dengan paluan kompang

pak usu & mak usu mcm pengantin gayanya

menaiki bas untuk ke hotel
____________________________________________________________________

Kira-kira pukul 5.00 p.m (waktu indonesia), kami tiba di hotel. Duduk-duduk sambil minum minuman yang telah disediakan oleh pengurusan hotel sementara menunggu pembahagian bilik untuk ahli.

di lobi hotel menunggu pembahagian bilik masing-masing
____________________________________________________________________

bersiap-siap untuk keluar makan malam

laparnya...bila nak naik bas ni..

bergambar dengan anak sepupu Lailatul Awliya

atok belah abah dan emak sempat bergambar sebelum menaiki bas
____________________________________________________________________

'Golden Prawn' tempat makan yang ekslusif pada pandangan saya. Artis-artis di sini selalu makan di sini menurut kata waiter dan waitres. Di sini ada juga karaoke yang dinyanyikan oleh penyanyinya sendiri untuk menghiburkan tetamu. Kami tiba pada pukul 7.00p.m
(waktu Indonesia).

baru tiba di Golden Prawn

dewan yang telah disediakan untuk kami

masing-masing mengambil tempat

berbual-bual sambil menunggu usahawan dari Batam tiba

Puan Dahlia sempat menyumbangkan sebuah lagu wakil daripada Malaysia
____________________________________________________________________

HARI KEDUA : 7/8/2010 : SABTU

Pukul 7.00 a.m, kami semua bersantap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

jom minum

abah dan rakan-rakannya Pak Long Bakar, Tok Sadri(Ketua Kampung Air Merah),
dan Encik Lani (Pekerja yang paling lama di syarikat Bandi Bina Sdn Bhd)
____________________________________________________________________

Destinasi pertama selepas santap di hotel ialah kedai kek. Ibu-ibu sibuk memilih kek untuk dibawa balik untuk sedara mara dan kaum kerabat.

mari beli kek

Tunggu di pintu kedai kek sambil menunggu ibu-ibu dan bapak-bapak beli kek
____________________________________________________________________

Selepas membeli belah pada paginya, kami balik semula ke hotel kerana perlu menukar pakaian berbaju kurung dan melayu untuk menghadiri majlis pengishtiharan Walikota Kepulauan Riau. Kiranya seperti kita di Malaysia untuk memilih wakil rakyat begitu. Saya tidak dapat menulis dengan tepat waktunya kerana gajet saya untuk menulis telah kehabisan bateri. Tetapi sebelum pergi ke majlis itu, kami semua makan tengahari dahulu di sebuah restoran yang terkenal dengan nasi berbalut daun pisangnya. Nama restoran ini ialah 'BANDOENG RESTO'.


Inilah restorannya
Semuanya berbaju Melayu


Saya dan adik-adik. Syamil dan Syufri tidak turut serta kerana ada urusan sendiri

Sebahagian daripada keluarga saya. Hampir 20 orang sedara mara saya yang mengikuti rombongan ini.

sungguh romantik emak&abah

warga senior syarikat Bandi Bina Sdn Bhd dan Unggul Mahir
____________________________________________________________________

Inilah dia tempat pengishtiharan yang saya maklumkan tadi

Di dalam dewan ini pelbagai persembahan telah dipersembahkan seperti gurindam,syair,pantun, tarian dan nyanyian daripada Cici Faramida

sedang menonton pelbagai persembahan


En.A.Samad (abah) berpeluang mengambil gambar di sini

Masing-masing khusyuk menyaksikan persembahan
____________________________________________________________________

Dalam pukul 4.00 p.m begitu, kami keluar daripada dewan kerana selepas itu kami akan berlepas ke Pulau Penyengat dengan menaiki bot laju.

Kami menaiki bas semula untuk ke jeti. Walaupun keletihan tetapi masing-masing nampak masih cergas untuk ke destinasi seterusnya

Dalam bot laju untuk ke Tanjung Pinang


Mengantuknya
____________________________________________________________________

Pukul 7.00 p.m, kami baru menjejakkan kaki di jeti Tanjung Pinang. Tempat bersejarah yang kami lawati di Pulau penyengat ialah Masjid Sultan Riau. Masjid ini telah dibina berabad lamanya. Mengikut pemandu pelancong kami, masjid ini telah dibina 300 tahun lamanya dengan menggunakan kulit telur. Kami semua tidak melepaskan peluang untuk solat jamak di masjid ini.
Ini ialah destinasi yang terakhir pada hari itu. Selepas solat kami makan malam dahulu dan terus 'check in' hotel di Pulau Penyengat ini.


baru tiba di Jeti Tanjung Pinang

atok dan emak tidak sabar-sabar untuk melihat masjid yang dibina menggunakan telur itu.

inilah masjid yang ditunggu-tunggu untuk dilawati
'Masjid Sultan Riau'

sungguh indah sekali pemandangannya

saya dan keluarga sempat bergambar selepas solat jamak di masjid ini
____________________________________________________________________

HARI KETIGA : 8/8/2010 : AHAD

Hari ini ialah hari untuk keberangkatan pulang ke tanah air sendiri, tetapi sebelum pulang, ada lagi tempat yang akan kami singgahi. Ibu-ibu dan bapak-bapak dari Malaysia masih belum puas membeli belah. Hari ini juga majlis penutup akan diadakan di ruang lobi hotel kami, pertukaran cenderahati daripada usahawan Malaysia dengan usahawan daripada Batam. Majlis itu akan bermula pada pukul 2.30 p.m. Jadi kami semua masih sempat membeli belah di Tanjung Pinang pada pagi itu, di mana kata orang di situ tempat membeli belah yang murah-murah belaka.
Sarapan di hotel Pulau Penyengat

betul kata orang 'pergi bulan rejab, balik bulan Syaaban, pergi sekejap,balik sebeban


sedang menunggu giliran untuk check pasport
___________________________________________________________________

TAMAT



No comments:

Post a Comment