SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, October 29, 2009

Selamat Hari Lahir Untukmu...


Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-24, semoga
dipanjangkan usia dan terus maju dalam bidang yang diceburi.

Pada 29/10/09 adalah hari lahir adik saya yang kedua yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan sekarang telah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan.


Saturday, October 24, 2009

Novel yang bagus untuk dibaca



Tidak salah saya memilih novel ini untuk dibaca dan dihayati, saya agak cerewet untuk memilih bahan bacaan. Tetapi novel Nisah Haron ini tidak menghampakan saya, ceritanya yang bersangkutan dengan undang-undang harta pusaka membuatkan saya begitu teruja. Jika penulis pandai memainkan watak di dalam penulisannya dan menulis berdasarkan fakta yang benar dari pelbagai rujukan, ia akan memberi sesuatu kepuasan kepada pembaca dan juga bahasa sastera yang digunakan di dalam novel ini membolehkan saya mempelajari sesuatu perkataan yang baru yang jarang sekali kita dengar.

* Dulu saya membaca pelbagai buku termasuklah yang picisan. Tetapi sekarang ni saya lebih suka memilih bacaan yang agak berat.


Bajet Sayang Orang Muda

Sekilas Bajet 2010
  • Kakitangan awam gred 41 hingga gred 54 serta pesara wajib dapat bayaran khas RM500.
  • Kadar cukai individu turun 1 peratus kepada 26 peratus,pelepasan diri naik kepad RM9,000.
  • Kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekrja (KWSP) naik kepada 11 peratus secara sukarela.
  • Pakej netbook termasuk jalur lebar untuk 100,000 pelajar universiti.
  • Pelepasan cukai pakej langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun.
  • Penjawat awam dibenar membuat pinjaman maksimum RM5,000 untuk membali komputer setiap 3 tahun.
  • Kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar.
  • RM1.3 bilion untuk membantu politeknik serta kolej komuniti serta pinjaman kepada 32,000 pelajar.
  • Menubuhkan Skim Simpanan persaraan 1 Malaysia yang yang diuruskan KWSP.
  • Cukai perkhidmatan RM50 bagi setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi kad tambahan.
  • Cukai rokok tidak dinaikkan.
kalau tak bersyukur juga apa yang diberi Perdana Menteri kita tak tau lah nak cakap macam mana lagi...

Thursday, October 22, 2009

Zapin Oh Zapin

Baru tadi saya mendapat berita bahawa borang pertandingan zapin telah diedarkan untuk setiap mukim di mersing ni (maksudnya bagi pada ketua kumpulan masing-masing la yer), ahli kumpulan saya pun bertanya antara satu sama lain sama ada hendak masuk pertandingan tersebut atau tidak. Ada ahli kumpulan kami yang tidak boleh turut menyertai, maka dengan secara automatiknya, kumpulan kami tidak dapat menyertai pertandingan tersebut kerana tarikhnya sudah terlalu hampir iaitu 1 November 2009 ini. Untuk membuat latihan pun agak kurang sempat kerana masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri.
Hanya sekadar memenuhi aktiviti dan mencuba sesuatu yang baru....ZAPIN.

Tutorial yang bagus dan mudah difahami

Pada minggu yang lepas, sedang saya melihat web-web yang ada dalam internet, saya terbaca satu web tentang photoshop. Saya kira mungkin web ni sama dengan web yang lain tetapi apabila saya amati, web ini menunjukkan tutorial tentang photoshop yang diterangkan satu persatu dengan jelas dan mudah difahami. Kiranya anda berminat untuk belajar bagaimana untuk mengetahui teknik photoshop dengan mudah difahami, sila lah layari web ini :
http://rahmanbasri.com/pakejphotoshop/index.php?ref=rinas

Wednesday, October 21, 2009

Wajah Baru

Salam istimewa kepada semua rakan maya yang mengenali saya, dengan kesempatan waktu yang ada, baru ini saya dapat membuka kembali blog saya dengan wajah yang baru. Bersyukur sangat di atas kesedaran yang ada, saya kembali semula untuk mengisi semula ruang-ruang kosong yang ada di dalam blog ini. Saya rasa lebih sesuai untuk saya menyampaikan sesuatu di blog ini berbanding sebelum ini saya lebih banyak meluangkan masa dengan friendster, facebook, dan juga twitter. Dengan adanya blog ini, mudah untuk saya berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang lain. Saya akan perbaharui blog saya ini dari masa ke semasa. InsyaAllah...