SELAMAT DATANG

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, November 1, 2010

TM Point Mersing...

Salam semua...

Hari ini bermulanya kerja saya di awal pagi dengan membayar segala bil-bil untuk bulan yang lepas sebelum masuk ke pejabat. Seperti biasa saya akan pergi ke Telekom Malaysia Berhad (TM) Mersing untuk membayar bil telefon dan juga bil streamyx. Saya mengambil tiket giliran dan duduk untuk menunggu giliran saya dipanggil. Ramai juga yang menunggu dan duduk di situ sementara giliran mereka dipanggil untuk membayar bil ataupun menunggu untuk perkhidmatan.

Di kaunter pembayaran bil berjalan dengan lancar setiap giliran akan dipanggil seperti biasa. Sedang saya duduk menunggu di situ, ada seorang pakcik terus meluru ke kaunter perkhidmatan, dan agak kedengaran suaranya bertanyakan perkhidmatannya tetapi saya tidaklah tahu apa perkhidmatan yang di tanya itu. saya agak pelik dan tertanya-tanya mengapa pakcik ini tidak menunggu gilirannya dipanggil. Selepas itu, kedengaranlah hingar-bingar yang mengatakan sudah lama mereka menunggu giliran tetapi tidak dipanggil. Barulah saya tahu cerita sebenarnya, pekerja TM di bahagian perkhidmatan telah leka dengan kerjanya sehinggakan tidak perasan yang pelanggan sedang menunggu. Pakcik yang duduk di sebelah saya juga merungut dengan servis yang diberikan, katanya "bukan kita ni tak de kerja lain nak buat, duduk kat sini lama-lama". Saya diam sahaja mendengar rungutannya kerana saya baru sahaja tiba di situ dan baru tahu cerita sebenarnya. Selepas ditegur pakcik tadi, barulah giliran mereka yang menunggu tadi dipanggil.


Rakyat didahukan pencapaian diutamakan